Untitled Document Portal Majlis Perbandaran Sandakan
WARGA MPS

WARGA AWAM

INFO MAJLIS



TARIKH KEMASKINI
16 APRIL 2024

Snow
JABATAN PERBENDAHARAAN
PENGENALAN
  • Bahagian Perbendaharaan diurus tadbir oleh Bendahari (Akauntan) dengan bantuan empat Ketua Unit yang masing-masing mengetuai Unit Pungutan Hasil, Unit Akaun, Unit Perbelanjaan dan Unit Letak Kereta. Pada asasnya Bahagian Perbendaharaan bertanggung jawab melaksanakan dasar dan system kewangan serta perakaunan Majlis Perbandaran Sandakan. Fungsi pengurusan system letak kereta dan kutipan hasil Majlis juga termasuk dalam bidang tugas Bahagian Perbendaharaan.
  • Fungsi serta objektif Bahagian Perbendaharaan dilaksanakan serta direalisasikan melalui Unit Pungutan Hasil, Unit Akaun, Unit Perbelanjaan dan Unit Letak Kereta yang merangkumi penyelenggeraan akaun dan pelaburan Majlis, penggendalian semua pembayaran yang dicaj kepada dana Majlis, kutipan hasil Majlis serta terimaan lain bagi pihak Kerajaan Negeri dan mengurus dan menggendali sistem letak kereta Majlis.
OBJEKTIF
  • Objektif Bahagian Perbendaharaan adalah menjurus kepada pengamalan perancangan dan pengurusan kewangan yang berkesan dalam pembiayaian bagi penyediaan perkhidmatan dan kemudahan awam yang berkualiti.
FUNGSI UTAMA BAHAGIAN PERBENDAHARAAN
  • PENYEDIAAN BELANJAWAN/ANGGARAN TAHUNAN
  • PENGURUSAN TERIMAAN/HASIL
  • PENGURUSAN PEMBAYARAN
  • PENGURUSAN AKAUN DAN PELABURAN
  • PENGURUSAN SISTEM LETAK KERETA
FUNGSI UNIT-UNIT
BAHAGIAN PERBENDAHARAAN
UNIT PUNGUTAN HASIL
  • Memungut hasil Majlis termasuk penerimaan amanah.
  • Memasukkan pungutan harian ke dalam bank.
  • Menyedia ringkasan penerimaan harian untuk Unit Akaun.
UNIT AKAUN
  • Menyelenggara buku tunai dan ‘posting’ semua penerimaan dan pembayaran kepada kad-kad berkenaan.
  • Menyedia penyata kewangan bulanan.
  • Menyedia penyata penyesuaian bulanan bank.
  • Menyelenggara lejer-lejer.
UNIT PERBELANJAAN
  • Menyedia semua baucer pembayaran.
  • Membuat pembayaran gaji dan bayaran lebih masa.
  • Menyedia dan mengeluar cek-cek pembayaran
  • Menjaga dan menyimpan semua baucer-baucer yang telah dibayar untuk pemeriksaan Audit.
UNIT LETAK KERETA
  • Mengurus tempat letak kereta awam di pusat bandar Sandakan.
  • Mengurus tempat letak kereta di bangunan Menara M.P.S.
  • Mengurus terminal bas luar derah Sandakan.