PENGENALAN
Bahagian Penyelidikan dan Perancangan telah diwujudkan
pada tahun 1991. Pada mulanya Bahagian ini hanya mempunyai kekuatan seramai
3 orang. Seorang Juruanalisa Sistem dan dibantu oleh 2 orang Operator
Komputer.
Setelah permintaan ICT bertambah maju maka Bahagian ini
telah mengambil beberapa orang tenaga kerja yang terdiri daripada seorang
Pengaturcara dan beberapa orang Pembantu Tadbir. Kini Bahagian ini mempunyai
seramai 10 orang Kakitangan.
Selaras dengan Fungsi dan Objektif, maka pada tahun 2019
nama bahagian ini diubah kepada BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT dan kini menjadi JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.
CARTA

PIAGAM
PELANGGAN
Kami berjanji ……………
- Mempastikan kesemua perisian majlis dirancang berdasarkan polisi-polisi
majlis yang telah ditetapkan.
- Kesemua peralatan komputer majlis akan diselenggarakan sekali setiap
bulan.
- Aduan berkenaan kerosakan peralatan komputer akan diperiksa dan
dilapor dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
- Mempastikan kesemua jenis kertas komputer yang diperlukan sentiasa
mencukupi tertakluk kepada bekalan yang diberikan oleh pembekal.
- Mempastikan komputer server dan semua sistem perisian majlis dapat
digunakan bermula dari pukul 7.50 pagi.
Pemulihan perkhidmatan – di dalam keadaan di mana
bekalan elektrik terputus, komputer server mps dilengkapkan dengan ups (uninterruptible
power supply) bagi menampung kerja-kerja sokongan (backup) dalam tempoh
25 minit.
OBJEKTIF
- Bertindak sebagai pusat perkhidmatan komputer bagi Majlis Perbandaran
Sandakan
- Memperkenalkan dan menyelaras perancangan dan kemajuan sistem komputer
- Memperbaiki sistem dan tatacara penggunaan komputer
- Memastikan penggunaan kos yang berpatutan dalam penggunan komputer
- Menambah produktiviti sumber-sumber tenaga manusia
- Mempiawai dokumentasi, data dan kodnya, prosedur dan perkara-perkara
lain yang berkaitan dengan komputer
- Mengintegrasi aplikasi komputer yang bersangkutan dengan sistem
pengurusan maklumat
- Menyediakan latihan komputer yang sesuai bagi memperolehi pengalaman
dalam penggunaan komputer
- Memastikan perubahan wajar dan licin dari sistem manual ke sistem
berkomputer
- Mengelakkan pembaziran peralatan komputer yang tidak digunakan
FUNGSI
- Menasihati Majlis di dalam pelaksanaan program komputerisasi Majlis
- Menyediakan maklumat dan statistik kepada Majlis untuk perancangan
dan pelaksanaan ICT
- Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan pengurusan dan
pentadbiran Majlis menggunakan teknologi maklumat
- Mengumpul dan menganalisa maklumat bagi membantu pengurusan Majlis
membuat keputusan (Sistem Sokongan Membuat Keputusan)
|