PENTADBIRAN KADARAN
 |
WARNA |
KAWASAN |
|
BANDAR |
|
SEPARA BANDAR |
|
LUAR BANDAR |
|
PULAU/LAUT |
|
|
Kawasan pentadbiran kadaran Majlis dibahagikan kepada dua (2)
kawasan seperti berikut:-
Kawasan |
Keluasan |
Status |
Kawasan Pentadbiran Kadaran Merangkumi
Seluruh Keluasan Sempadan Daerah Sandakan
= 2,305.94 km² (890.33 bt²)
|
Bandar
(No Lot Ukur : 07200360, 07200361 & 07200362)
|
159.10 km²
(61.43 bt²)
|
Kawasan Kutipan Cukai Pintu
(Kawasan Operasi) |
Separa Bandar
(No. Lot Ukur : 07200363 & 07200364)
|
203.58 km²
(78.60 bt²)
|
Kawasan Kutipan Cukai Pintu (Kawasan Operasi) |
Jumlah= |
362.68 km²
(140.03 bt²)
|
15.73% daripada keluasan sempadan Daerah Sandakan |
Apakah Kuasa Majlis Menguatkuasakan Cukai Pintu ?
- Majlis diberi kuasa mutlak untuk menguatkuasakan cukai pintu ke
atas semua harta berkadar yang terletak di kawasan pentadbiran kadaran
Majlis Perbandaran Sandakan mengikut peruntukan di bawah Bahagian
X dan Bahagian XII, Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961.
- Majlis boleh membuat penilaian bagi maksud cukai pintu sebelum
1hb Disember dari tahun ke tahun dan tidak melebihi dalam tempoh empat
(4) tahun. Dalam erti kata lain, semakan penilaian atau penilaian
semula hendaklah dibuat sekali dalam tempoh empat (4) tahun mengikut
peruntukan Seksyen 74(1) & (2), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.
- Majlis juga diberi kuasa untuk membuat pindaan terhadap Senarai
Nilaian bagi harta-harta berkadar yang terdapat pembangunan baru,
perubahan atau tambahan, perobohan, pecah bahagi geran, kesilapan
dan sebagainya mengikut peruntukan Seksyen 85, Ordinan Kerajaan Tempatan
1961.
Apa Asas Penilaian Bagi Maksud Kadaran ?
- Asas penilaian bagi maksud kadaran / cukai pintu di Majlis Perbandaran
Sandakan ialah berdasarkan nilai tahunan.
- Menurut peruntukan Seksyen 72(C), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
(Pindaan 2000), Nilai Tahunan ditakrifkan sebagai suatu anggaran kasar
sewa tahunan yang dijangka boleh diterima secara adil dan munasabah
setiap tahun sekiranya disewakan, di mana pemilik harta berkadar bertanggungjawab
membayar segala cukai kerajaan, kos penyelenggaraan, insuran, cukai
awam dan apa-apa kos perbelanjaan yang digunakan untuk menyelenggaran
harta berkadar tersebut.
Apa itu Cukai Pintu ?
- Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap harta berkadar
yang terletak di kawasan pentadbiran kadaran Majlis dan cukai ini
digunakan untuk menampung segala kos pentadbiran Majlis serta kos
penyediaan dan penyelenggaraan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan
kepada pembayar-pembayar cukai.
Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Wajib Dikenakan
Cukai Pintu ?
- Harta-harta berkadar yang wajib dikenakan cukai pintu ialah termasuklah
mana-mana pegangan hakmilik/geran hartanah yang mempunyai atau tidak
apa-apa bangunan atau apa-apa struktur yang terletak di atas tanah
atau melekap mati di atas tanah mengikut peruntukan Seksyen 72, Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000).
Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Boleh Dikecualikan Cukai Pintu ?
- Harta-harta berkadar yang dikecualikan daripada dikenakan cukai
pintu mengikut peruntukan Seksyen 73, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961
ialah seperti berikut:-
- Tempat beribadah (seperti Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya).
- Tanah perkuburan awam
- Bangunan-bangunan sekolah dan tidak menghasilkan keuntungan
- Harta-harta yang digunakan kebajikan dan tidak menghasilkan
keuntungan seperti hospital dan klinik awam.
- Tempat riadah dan sukan serta tidak menghasilkan keuntungan.
- Harta-harta Majlis
- Harta-harta yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada RM150.00
- Harta-harta yang diluluskan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan
diwartakan dalam Warta Kerajaan.
Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke atas Cukai
Pintu ?
- Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik/penghuni ke
atas harta-harta berkadar mengikut peruntukan Seksyen 82, Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961.
- Cukai pintu ini boleh dituntut daripada penyewa/penghuni ke atas
harta-harta berkadar tersebut mengikut peruntukan Seksyen 92, Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961.
Berapakah Kadar Cukai Pintu Yang Boleh Dikenakan ?
- Kadar cukai pintu yang dikenakan hendaklah tidak melebihi 30 peratus
(%) daripada nilai tahunan harta berkadar dan sekiranya melebihi 30
peratus (%) hendaklah mendapat kelulusan daripada Yang
- Kadar cukai pintu Majlis Perbandaran Sandakan yang telah diwartakan
dalam Warta Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2006 adalah seperti berikut:-
Jenis Kadar |
Kadar Cukai Pintu Dikenakan Setahun |
|
25% |
- Kadar Tambahan Bagi Bangunan Bertingkat:-
- Perkhidmatan gegeluk lantai dan tangga
- Perkhidmatan corong dan tong sampah
- Perkhidmatan saluran najis awam yang diselenggarakan oleh
Majlis.
|
2%
2%
3.9%
|
|
0.1% |
|
5% |
|
3% |
Siapakah yang layak dibenarkan membantah Nilai
Tahunan ?
- Setiap pemilik harta berkadar atau sesiapa yang dilantik oleh pemilik
atau sesiapa yang mempunyai kepentingan ke atas harta berkadar atau
Ejen Penilai Swasta boleh membuat bantahan dan rayuan terhadap cadangan
nilai tahunan yang ditetapkan mengikut peruntukan Seksyen 79(7), Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961.
Bagaimanakah membuat bantahan terhadap Nilai Tahunan ?
- Menurut peruntukan Seksyen 78 (1), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961,
seseorang yang tidak berpuas hati dengan cadangan nilai tahunan dan
terkilan atas mana-mana daripada alasan-alasan yang dinyatakan dalam
Ordinan Kerajaan Tempatan 1961, bolehlah membuat bantahan secara bertulis
kepada Majlis Perbandaran Sandakan pada bila-bila masa tidak kurang
daripada 6 hari sebelum masa yang ditetapkan untuk mendengar bantahan.
- Menurut peruntukan Seksyen 78(2), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961,
setiap alasan bantahan terhadap nilai tahunan adalah tertakluk kepada
alasan-alasan seperti berikut:-
- Bahawa seseorang atau pihak yang membuat bantahan adalah pihak
yang bukan bertanggungjawab ke atas harta berkadar yang dimasukkan
dalam Senarai Penilaian.
- Bahawa sesuatu harta berkadar yang dinilai adalah pegangan
harta berkadar yang tidak boleh dikenakan cukai pintu atau tidak
termasuk dalam Senarai Penilaian.
- Bahawa sesuatu harta berkadar telah dinilai dengan kaedah penilaian
yang tidak betul.
menu
PENGURUSAN CUKAI PINTU
Bilakah Majlis mengeluarkan Bil Cukai Pintu ?
- Majlis akan mengeluarkan bil cukai pintu semasa dan bil peringatan
pada masa seperti berikut:-
Jenis Bil Cukai Pintu |
Masa |
Bil Semasa Cukai Pintu |
Januari dan Julai |
Bil Peringatan Cukai Pintu |
April dan Oktober |
Apakah Faedah Pembayaran Awal Cukai Pintu ?
Apakah Dendah Dikenakan Sekiranya Cukai Pintu Dibayar Lewat ?
Bolehkah Cukai Pintu Tertunggak Dibayar Secara Ansuran ?
-
Majlis memberi kemudahan mudah bayar kepada setiap
penghutang cukai pintu untuk membuat pembayaran secara ansuran ke
atas cukai pintu tertunggak.
-
Sesiapa penghutang cukai pintu yang ingin membuat
pembayaran secara ansuran dikehendaki memohon secara bertulis kepada
Majlis untuk dipertimbangkan kelulusan.
Bagaimana dan Di mana Cukai Pintu Boleh Dibayar ?
- Cukai pintu boleh dibayar dengan cara seperti berikut:-
- Wang Tunai
- Cek
- Mastercard/Visa
- Setiap pembayar cukai pintu boleh membuat pembayaran di tempat-tempat
seperti berikut:-
- Kaunter Kutipan Hasil Setempat, Wisma Warisan, Pusat Bandar Sandakan
- Kaunter Unit Kadaran, Wisma Perbandaran, Pusat Bandar Sandakan
- Kaunter Kutipan Hasil, Pasar Kim Fung, Batu 4, Sandakan
- Mana-mana kaunter Pejabat POS Malaysia Berhad
- Mana-mana kaunter Pejabat Bank Simpanan Nasional
- Bayaran Online melalui laman www.mps.sabah.gov.my
- Secara dalam talian CIMB click atau MyBSN
Adakah Majlis Melantik Ejen Mengutip Cukai Pintu Tertunggak ?
- Pembayar-pembayar cukai akan dimaklumkan mengenai pembatalan Ejen
yang dilantik melalui iklan di surat-surat akhbar tempatan dari masa
ke semasa.
menu
PENGURUSAN
CUKAI SES TANAH
- Kawasan kutipan cukai Ses Tanah Majlis adalah meliputi kawasan seperti
berikut:-
Kawasan |
Keluasan |
Status |
Kawasan Pentadbiran Kadaran Merangkumi
Seluruh Keluasan
Sempadan Daerah Sandakan = 2,305.94 km² (890.33 bt²) |
Luar Bandar
(No. Lot Ukur : 07200365)
|
1,854.84 km²
(753.50 bt²)
|
Kawasan Kutipan Ses Tanah (Kawasan Kawalan) |
Pulau/Laut (No. Lot Ukur : 07200366) |
88.42 km²
(34.14 bt²)
|
Kawasan Kutipan Ses Tanah (Kawasan Kawalan) |
Jumlah= |
1,943.26 km²
(787.64 bt²)
|
84.27% daripada keluasan sempadan Daerah Sandakan |
Apakah Kuasa Majlis Menguatkuasakan Cukai Ses Tanah ?
-
Majlis diberi kuasa mutlak untuk menguatkuasakan
cukai Ses Tanah ke atas semua pegangan hartanah yang terletak di kawasan
kutipan cukai Ses Tanah Majlis Perbandaran Sandakan mengikut peruntukan
di bawah Bahagian XI, Ordinan Kerajaan Tempatan, 1961, tertakluk kepada
kelulusan Yang Di-Pertua Negeri Sabah.
Apa itu Cukai Ses Tanah ?
- Cukai Ses Tanah ialah cukai yang dikenakan ke atas setiap pegangan
hartanah yang terletak di kawasan kutipan cukai Ses Tanah Majlis dan
cukai ini digunakan untuk menampung kos-kos pentadbiran dan pengurusan
Majlis dalam membangunkan daerah Sandakan.
Apakah Yang Wajib Dikenakan Cukai Ses Tanah ?
-
Majlis boleh mengenakan cukai Ses Tanah ke atas
mana-mana individu, apa-apa hasil pengeluaran pertanian atau ternakan
atau apa-apa aktiviti pindahmilik ke atas hasil pengeluaran pertanian
atau ternakan atau pemilik pegangan hakmilik/geran hartanah yang terletak
di kawasan kutipan cukai Ses Tanah mengikut peruntukan Seksyen 82
(1), Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.
Apakah Yang Boleh Dikecualikan Cukai Ses Tanah ?
-
Di bawah peruntukan Seksyen 73, Hartanah yang
dikecualikan daripada dikenakan cukai Ses Tanah adalah seperti berikut:-
- Tempat beribadah (seperti Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya).
- Tanah perkuburan awam
- Bangunan-bangunan sekolah dan tidak menghasilkan keuntungan
- Harta-harta yang digunakan kebajikan dan tidak menghasilkan
keuntungan seperti hospital dan klinik awam.
- Tempat riadah dan sukan serta tidak menghasilkan keuntungan.
- Harta-harta Majlis
- Harta-harta yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada RM150.00
- Harta-harta yang diluluskan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan
diwartakan dalam Warta Kerajaan.
Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke atas Cukai Ses Tanah ?
-
Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik
pegangan hartanah mengikut peruntukan Seksyen 89 (1), Ordinan Kerajaan
Tempatan 1961, tetapi tertakluk kepada lain-lain syarat urusniaga
perjanjian pajakan atau sewaan yang dipersetujui di antara pemilik
dan pemegang pajakan atau sewaan.
Berapakah Kadar Cukai Ses Tanah Yang Boleh Dikenakan ?
- Kadar cukai Ses Tanah Majlis Perbandaran Sandakan yang telah diluluskan
oleh Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan diwartakan dalam Warta Kerajaan
Negeri Sabah adalah seperti berikut:-
Jenis Pegangan Hartanah /Geran Tanah Kadar |
Cukai Ses Tanah Dikenakan Setahun |
Town Lease (TL), Provisional Lease (PL), Country Lease (CL)
dan Temporary Occupision Lease (TOL) |
RM1.00 |
Field Registered (FR) dan Native Title (NT) |
RM0.50 |
Bilakah Majlis mengeluarkan Bil Cukai Ses Tanah ?
- Majlis akan mengeluarkan bil cukai Ses Tanah semasa dan bil peringatan
pada masa seperti berikut:-
Jenis Bil Cukai Ses Tanah |
Masa |
Bil Semasa Cukai Ses Tanah |
Januari dan Julai |
Bil Peringatan Cukai Ses Tanah |
April dan Oktober |
Bagaimana dan Di mana Cukai Ses Tanah Boleh Dibayar ?
-
Cukai Ses Tanah boleh dibayar dengan cara seperti
berikut:-
- Wang Tunai
- Cek mestilah di atas nama “ Majlis Perbandaran Sandakan
“
- Mastercard/Visa
-
Setiap pembayar cukai Ses Tanah boleh membuat
pembayaran di tempat-tempat seperti berikut:-
- Kaunter Kutipan Hasil Setempat, Wisma Warisan, Pusat Bandar
Sandakan
- Kaunter Unit Kadaran, Wisma Perbandaran, Pusat Bandar Sandakan
- Kaunter Kutipan Hasil, Pasar Kim Fung, Batu 4, Sandakan
- Mana-mana kaunter Pejabat POS Malaysia Berhad
- Mana-mana kaunter Pejabat Bank Simpanan Nasional
- Bayaran Online melalui laman www.mps.sabah.gov.my
- Secara dalam talian CIMB click atau MyBSN
menu
MAKLUMAN PENTING PEMBAYAR-PEMBAYAR
CUKAI Kadar Cukai Pintu Majlis Yang Dikenakan
Jenis Kadar |
Kadar Cukai Pintu Dikenakan Setahun |
|
25% |
- Kadar Tambahan Bagi Bangunan Bertingkat:
|
|
- Perkhidmatan gegeluk lantai dan tangga
- Perkhidmatan corong dan tong sampah
- Perkhidmatan saluran najis awam yang diselenggarakan
oleh Majlis
|
2%
2%
3.9% |
|
0.1% |
|
5% |
|
3% |
Jadual Pengeluaran Bil Cukai Pintu dan Cukai Ses Tanah
Jenis Bil Cukai Pintu & Ses Tanah |
Masa |
Bil Semasa Cukai Pintu & Ses Tanah |
Januari dan Julai |
Bil Peringatan Cukai Pintu |
April dan Oktober |
* Nota: Jika anda tidak menerima bil
semasa dan peringatan, sila datang sendiri ke Kaunter Unit Kadaran, Bahagian
Penilaian, Majlis Perbandaran Sandakan.
Jadual Pembayaran Cukai Pintu
Tempoh Pembayaran |
Denda Bayaran Lewat |
01hb Januari hingga 31hb Mac Setiap Tahun |
- Faedah 4.0 peratus (%) setahun
- Bayaran Notis RM3.00
|
Tempoh Pemberian Diskaun Cukai Pintu
Tempoh |
* Jumlah Diskaun Diberikan |
01hb Januari hingga 31hb Mac Setiap Tahun |
5.0 peratus (%) |
* NOTA: Diskaun hanya diberikan kepada Cukai Pintu Semasa
yang dibayar penuh sahaja.
Jika anda ingin membeli hartanah jenis kediaman / komersial / industri
/ tanah kosong:-
Sila semak dengan MPS bagi memastikan tunggakan cukai
pintu telah dibayar sama ada melalui peguam atau agen yang menguruskan
urusniaga bagi hartanah tersebut.
Jika anda telah menukar milik/ menjual /membeli / mewariskan hartanah
jenis kediaman / komersial / industri / tanah kosong:-
Sila maklumkan kepada MPS dengan mengisi Borang Pemberitahuan
Penukaran Bangunan/Tanah dan disertakan bersama-sama salinan hakmilik/geran
dan dokumen perjanjian jualbeli / arahan mahkamah / lain-lain dokumen
berkaitan urusniaga pindahmilik.
Jika bangunan kediaman / komersial / industri anda diroboh, terbakar atau
terbiar / uzur:-
Sila maklumkan kepada MPS secara rasmi melalui surat
dengan menyertakan apa-apa salinan dokumen yang menyokong permohonan supaya
harta berkadar yang dimaksudkan dapat dikeluarkan daripada senarai nilaian.
menu
KATEGORI HARTANAH
KATEGORI |
BILANGAN |
- TANAH KOSONG |
7,335 |
- LOJI & JENTERA |
13 |
- INDUSTRI |
2,185 |
- KOMERSIL |
9,501 |
- KEDIAMAN |
35,207 |
- BANGUNAN KERAJAAN NEGERI |
480 |
- BANGUNAN KERAJAAN PERSEKUTUAN |
776 |
JUMLAH |
55,497 |
Sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan dengan penilaian cukai pintu
atau mengenai maklumat-maklumat cukai pintu, sila rujuk kepada Pegawai
Penilaian atau Ketua Unit Kadaran di alamat seperti berikut:
JABATAN PENILAIAN
MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
WISMA PERBANDARAN, PUSAT BANDAR
PETI SURAT 221, 90702 SANDAKAN
TEL: 089-275400, 272439, 272460
FAKS: 089-272112, 222691, 222964, 221646
|