- Apa itu Cukai Pintu ?
Cukai pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas
setiap harta berkadar yang terletak di kawasan pentadbiran kadaran
Majlis dan cukai ini digunakan untuk menampung segala kos pentadbiran
Majlis serta kos penyediaan dan penyelenggaraan perkhidmatan-perkhidmatan
yang diberikan kepada pembayar-pembayar cukai.
- Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Wajib Dikenakan Cukai Pintu
?
Harta-harta berkadar yang wajib dikenakan cukai
pintu ialah termasuklah mana-mana pegangan hakmilik/geran hartanah
yang mempunyai atau tidak apa-apa bangunan atau apa-apa struktur yang
terletak di atas tanah atau melekap mati di atas tanah mengikut peruntukan
Seksyen 72, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (Pindaan 2000).
- Apakah Harta-Harta Berkadar Yang Boleh Dikecualikan Cukai
Pintu ?
Harta-harta berkadar yang dikecualikan
daripada dikenakan cukai pintu mengikut peruntukan Seksyen 73, Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961 ialah seperti berikut:-
- Tempat beribadah (seperti Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya).
- Tanah perkuburan awam
- Bangunan-bangunan sekolah dan tidak menghasilkan keuntungan
- Harta-harta yang digunakan kebajikan dan tidak menghasilkan keuntungan
seperti hospital dan klinik awam.
- Tempat riadah dan sukan serta tidak menghasilkan keuntungan.
- Harta-harta Majlis
- Harta-harta yang mempunyai nilai tahunan kurang daripada RM150.00
- Harta-harta yang diluluskan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan diwartakan
dalam Warta Kerajaan.
- Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke atas Cukai Pintu ?
- Cukai pintu ini dipertanggungjawabkan kepada pemilik/penghuni ke
atas harta-harta berkadar mengikut peruntukan Seksyen 82, Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961.
- Cukai pintu ini boleh dituntut daripada penyewa/penghuni ke atas
harta-harta berkadar tersebut mengikut peruntukan Seksyen 92, Ordinan
Kerajaan Tempatan 1961.
|