-
Menerima, mendaftarkan dan memproses pelan pembangunan
dan bangunan yang dikemukakan oleh konsultan, pemilik tanah, pemilik
bangunan untuk pertimbangan dan kelulusan dengan syarat bahawa pelan,
dokumen dan borang adalah teratur.
-
Mengawal pembangunan dan bangunan selaras dengan
Undang-undang Kecil Bangunan, Ordinan Perancangan Bandar & Wilayah
Cap 141, Pelan Tempatan Sandakan, Skim Perancangan Seguntor dan Skim
Perancangan Kegunaan Tanah Dalam Kawasan Majlis Perbandaran Sandakan.
-
Mengawal kerja-kerja tanah selaras dengan Undang-Undang
Kecil Kerja Tanah.
-
Memproses dan mengeluarkan Sijil Kebenaran Pendiaman
untuk bangunan selaras dengan Undang-Undang Kecil bangunan.
-
Mengambil-alih dan menyelenggara infrastruktur
iaitu jalan, lampu jalan, sistem perparitan dan sistem pembetungan
dalam pembangunan perumahan/perdagangan/perindustrian setelah pemaju
membina dan menyelenggara infrastruktur itu selama 3-12 bulan dengan
memuaskan.
-
Membaiki dam menyelenggara jalan-jalan lain dalam
kawasan Majlis Perbandaran Sandakan yang telah diputuskan oleh Majlis
setelah menerima permohonan daripada Yang Berhormat atau PKR yang
mewakili sesuatu kawasan.
-
Melaksanakan projek yang diluluskan dan dibiayai
oleh Majlis.
-
Melaksanakan projek yang diluluskan dan dibiayai
oleh Kementerian Kerajaan Tempatan & Perumahan dan Kementerian
Negeri yang lain.
-
Melaksanakan projek yang diluluskan dan dibiayai
oleh Kementerian Persekutuan.
-
Menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dan Kementerian/Jabatan
Negeri selaku Penasihat Teknikal.
-
Membaiki, menyelenggara dan menjalankan kerja-kerja
servis untuk semua kenderaan dan mesin Majlis.
-
Mencari, memesan dan membeli semua alat ganti
dan tayar untuk mesin/kenderaan dan bahan-bahan binaan yang diperlukan
untuk membaiki dan menyelenggara semua bangunan dan infrastruktur
Majlis