Untitled Document Portal Majlis Perbandaran Sandakan
WARGA MPS

WARGA AWAM

INFO MAJLIS



TARIKH KEMASKINI
16 APRIL 2024

Snow
JABATAN PEMBANGUNAN KOMUNITI
PENGENALAN
  • Jabatan Pembangunan Komuniti diwujudkan selepas penyusunan semula organisasi MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN bermula pada tahun 2020. Jabatan ini memfokuskan pembangunan komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkampungan terancang di Daerah Sandakan. Pembangunan komuniti ini selaras dengan Dasar Komuniti Negara yang merangkumi kluster sosio-ekonomi, keselamatan, pendidikan, kesihatan dan kebersihan, sukan dan rekreasi serta keprihatinan terhadap OKU, warga tua dan kanak-kanak.
BAHAGIAN KOMUNITI
  • Merancang dan melaksana program kesedaran kesihatan, kebersihan dan keselamatan serta tanggungjawab terhadap penjagaan kemudahan awam dan harta bersama dalam kawasan komuniti.
  • Mewujudkan suasana muafakat dan harmoni di kalangan komuniti melalui program-program kesukanan dan khidmat sosial.
  • Mewujudkan persekitaran indah dan ceria dalam kawasan komuniti dengan mengadakan program-program komuniti ceria dan hijau.
  • Menyelaras program-program pendidikan dan kemahiran.
  • Menggalakkan budaya keusahawanan dan perniagaan dengan mengadakan kerjasama strategik bersama pihak-pihak yang berkaitan.
BAHAGIAN PENGURUSAN PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR)
  • Mengurus permohonan PPR yang sedia ada.
  • Mengurus kemasukan permohonan yang diluluskan.
  • Menyelaras aduan berkaitan PPR.
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa PPR Daerah Sandakan.