

TARIKH KEMASKINI
7 SEPTEMBER 2023

PIHAK BERKUASA TEMPATAN |
---|
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mula-mula wujud di Sandakan adalah SANDAKAN SANITARY BOARD. Kemudian diganti dengan LEMBAGA BANDARAN SANDAKAN (Sandakan Town Board) yang ditubuhkan pada 16 Disember 1961 iaitu sebaik sahaja berkuatkuasanya Local Government Ordinance, 1961. Seorang Pegawai Kerja yang dilantik di bawah Seksyen 69, Ordinan berkenaan mengetuai pentadbiran Lembaga ini. Pengerusi Lembaga bukanlah seorang pegawai sepenuh masa Lembaga Bandaran atau Perkhidmatan Awam. Bagaimanapun, selaras dengan pemansuhan jawatan Residen Sandakan pada 1 Januari 1979, jawatan Pengerusi telah diambil alih oleh bekas Residen, seorang pegawai dari Perkhidmatan Awam dengan menggunakan geralaran jawatan "Pesuruhjaya". MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN telah diwujudkan setelah percantuman Lemabaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari 1982. Gelaran jawatan "Pesuruhjaya" telah diganti dengan "Presiden" manakala "Pegawai Kerja" menjadi "Setiausaha". Pada 1 Januari 1984, PEJABAT DAERAH SANDAKAN telah dimansuhkan oleh kerajaan Negeri dan beberapa tugas dan tanggungjawab diambil alih oleh Majlis Perbandaran Sandakan dan bekas Pegawai Daerah menjadi "Timbalan Presiden. |
KAWASAN PENTADBIRAN |
Majlis Perbandaran Sandakan mentadbir kawasan seluas 875 batu persegi. Bagi tujuan percukaian kawasan ini dibahagi kepada :
|
JAWATANKUASA-JAWATANKUASA |
Majlis Perbandaran Sandakan mempunyai beberapa Jawatankuasa dengan tugas-tugasnya masing-masing seperti tersenarai dalam "Standing Orders".
Mesyuarat Majlis Penuh diadakan sebulan sekali untuk menerima laporan-laporan Jawatankuasa dan membuat serta meminda dasar, sesuai dengan kuasa yang diberikan kepadanya. |
MPS SEBAGAI PUSAT PENTADBIRAN |
Selain menjalankan fungsinya sendiri, Majlis Perbandaran Sandakan juga menjadi Urusetia kepada beberapa Jawatankuasa sama ada yang tetap ataupun yang dibentuk semata-mata untuk melaksanakan sesuatu perkara yang sementara bagi pihak Kerajaan seperti membuat persiapan bagi lawatan orang kenamaan ke Sandakan. Antara Jawatankuasa yang berurusetia di Majlis ini adalah Jawatankuasa Tindakan Daerah, Jawatankuasa Keselamatan Daerah, Jawatankuasa Bencana Alam dan beberapa lagi. |
PENDAPATAN |
Bagi melaksanakan fungsi-fungsinya, Majlis Perbandaran Sandakan memperolehi pendapatan dalam bentuk:
Pendapatan dan Perbelanjaan Majlis ini adalah berdasarkan kepada Anggaran Tahunan yang diluluskan oleh Menteri Kerajaan Tempatan. |