Rabu, 29 Julai 2026|12:18:55 AM
Bantuan · Peta Laman · Portal myGovernment

Hala Tuju Korporat

Visi, Misi & Objektif

Aspirasi, komitmen dan objektif Majlis Perbandaran Sandakan.

Komitmen membangunkan Sandakan yang bersih, selamat dan progresif.

01
VISI

Bandar yang mampan dan progresif

Menjadikan Majlis mampu berdikari dan mewujudkan suasana persekitaran bersih, indah, aman dan makmur serta progresif.

02
MISI

Pengurusan cemerlang, perkhidmatan berfokus pelanggan

Memastikan pengurusan Majlis yang mantap dan cemerlang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan agar mampu berdikari. Majlis sentiasa mengamalkan prinsip pentadbiran yang mesra alam, berteraskan teknologi maklumat, pembangunan ilmu pengetahuan yang berterusan serta adaptif terhadap perubahan.

03
OBJEKTIF

Keutamaan strategik MPS

01

Membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk di perbandaran Sandakan.

02

Merancang dan membangun strategi untuk memastikan pembangunan perbandaran yang sesuai dan teratur.

03

Merancang menjadikan perbandaran Sandakan sebuah alam persekitaran yang bersih dan hijau.

04

Membantu Kerajaan Negeri dan Persekutuan dalam pelaksanaan Dasar Pembangunan Negara.

Cari dalam Portal MPS