Rabu, 29 Julai 2026|12:18:55 AM
Bantuan · Peta Laman · Portal myGovernment

Kawalan Pembangunan

MPS Memudah Cara, Sandakan Terus Maju
JABATAN KAWALAN PEMBANGUNAN

Fungsi Utama Jabatan

Jabatan Kawalan Pembangunan bertanggungjawab dalam memastikan semua aktiviti pembangunan dilaksanakan mengikut peraturan, pelan yang diluluskan serta garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan. Piagam Pelanggan diwujudkan sebagai komitmen jabatan dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, telus dan berkualiti kepada pelanggan.

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Peranan dan Tanggungjawab

01

Pelan Bangunan

Memproses dan mengendors pelan bangunan.

02

Aduan dan Pemeriksaan Tapak

Memproses aduan awam atau memo dan membuat lawatan pemeriksaan tapak bagi aduan yang diterima daripada Jabatan Penguatkuasa dan Bahagian Aduan Awam berkaitan struktur bangunan, menara telekomunikasi atau antena tanpa kelulusan pelan.

03

Pelan Teknikal dan Kerja Tanah

Memproses pelan struktur, kejuruteraan, elektrikal dan mekanikal, sanitasi dan pempaipan dalaman serta pelan kerja tanah.

04

Certificate of Completion and Compliance (CCC)

Menyemak dan memproses Certificate of Completion and Compliance (CCC).

05

Pendaftaran Profesional

Memproses pendaftaran perancang bandar, juruukur tanah, arkitek dan jurutera awam bertauliah.

06

Pinjaman Pelan dan Pengesahan

Memproses pinjaman pelan dan pengesahan surat.

07

Ulasan Lesen Berniaga

Memberi ulasan terhadap permohonan lesen berniaga.

PIAGAM PERKHIDMATAN

Skop Perkhidmatan Yang Disediakan

Pelan Bangunan / Pelan Nyata Bangunan - 21 HariMemberi maklum balas terhadap permohonan penyerahan pelan bangunan atau pelan nyata bangunan dalam tempoh dua puluh satu (21) hari bagi pengeluaran surat prasyarat kepada pihak konsultan untuk dipatuhi sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pelan-Pelan Bangunan untuk pertimbangan dan kelulusan.
Pelan Pembangunan - 24 HariMemberi maklum balas terhadap permohonan penyerahan pelan pembangunan dalam masa dua puluh empat (24) hari bagi pengeluaran surat prasyarat kepada pihak konsultan untuk dipatuhi selepas menerima surat kebenaran daripada MPS sebelum dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Bandar untuk pertimbangan dan kelulusan.
MAKLUMAT UNTUK ORANG AWAM

Peta Perancangan Sandakan

PELAN DAERAH

Pelan Daerah Sandakan

Sandakan District Plan seperti yang dibekalkan oleh Jabatan Kawalan Pembangunan untuk rujukan orang awam.

PELAN TEMPATAN

Pelan Tempatan Sandakan (Draf)

Sandakan Local Plan (Draft) seperti yang dibekalkan oleh Jabatan Kawalan Pembangunan untuk rujukan orang awam.

Cari dalam Portal MPS