Rabu, 29 Julai 2026|12:18:55 AM
Bantuan · Peta Laman · Portal myGovernment

Pelesenan

MPS Memudah Cara, Sandakan Terus Maju
HALA TUJU PERKHIDMATAN

Objektif Jabatan

Pelesenan Aktiviti Perniagaan

Memastikan semua kegiatan perniagaan dilesenkan untuk tujuan pengawalan dan pematuhan syarat perniagaan.

Pematuhan Syarat Pelesenan

Memastikan peniaga mematuhi syarat pelesenan bagi menjamin kualiti perkhidmatan yang disediakan.

Pengurusan Pelesenan Berkualiti

Merancang dan mengawal semua aktiviti pelesenan bagi mencapai tahap pengurusan yang cekap dan berkualiti.

FUNGSI TERAS

Fungsi Utama Jabatan

01

Pengurusan Lesen dan Permit

Menerima, memeriksa, memproses dan mengawal pengeluaran semua lesen perniagaan dan permit di kawasan Majlis Perbandaran Sandakan.

02

Penguatkuasaan Undang-undang dan Peraturan

Menguatkuasakan peruntukan Undang-undang dan peraturan yang berkaitan bagi memastikan semua aktiviti perniagaan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

03

Tindakan Aktiviti Tanpa Lesen dan Aduan

Mengenalpasti dan mengambil tindakan terhadap semua aktiviti perniagaan yang dijalankan tanpa lesen dan semua aduan yang diterima serta mengemukakan semua aduan berkenaan.

04

Maklumat dan Statistik Perniagaan

Menjalankan kerja-kerja mengumpul maklumat dan statistik berkaitan aktiviti perniagaan untuk tujuan rekod.

05

Perancangan dan Kawalan Aktiviti Pelesenan

Merangka, merancang, mengatur dan mengawal aktiviti-aktiviti pelesenan.

Cari dalam Portal MPS