LATAR BELAKANG KORPORAT
Majlis Perbandaran Sandakan
Majlis Perbandaran Sandakan merupakan Pihak Berkuasa Tempatan yang bertanggungjawab terhadap pentadbiran, pembangunan dan kesejahteraan bandar Sandakan.
Pihak Berkuasa Tempatan
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang mula-mula wujud di Sandakan ialah Sandakan Sanitary Board . Kemudian diganti dengan Lembaga Bandaran Sandakan (Sandakan Town Board) yang ditubuhkan pada 16 Disember 1961, iaitu sebaik sahaja berkuatkuasanya Local Government Ordinance, 1961.
Seorang Pegawai Kerja yang dilantik di bawah Seksyen 69 Ordinan berkenaan mengetuai pentadbiran Lembaga ini. Pengerusi Lembaga bukanlah seorang pegawai sepenuh masa Lembaga Bandaran atau Perkhidmatan Awam. Bagaimanapun, selaras dengan pemansuhan jawatan Residen Sandakan pada 1 Januari 1979, jawatan Pengerusi telah diambil alih oleh bekas Residen, seorang pegawai daripada Perkhidmatan Awam dengan menggunakan gelaran jawatan “Pesuruhjaya”.
Majlis Perbandaran Sandakan telah diwujudkan setelah percantuman Lembaga Bandaran Sandakan dan Majlis Daerah Luar Bandar pada 1 Januari 1982. Gelaran jawatan “Pesuruhjaya” telah diganti dengan “Presiden”, manakala “Pegawai Kerja” menjadi “Setiausaha”.
Pada 1 Januari 1984, Pejabat Daerah Sandakan telah dimansuhkan oleh Kerajaan Negeri dan beberapa tugas serta tanggungjawab diambil alih oleh Majlis Perbandaran Sandakan. Bekas Pegawai Daerah pula menjadi Timbalan Presiden.
Kawasan Pentadbiran
Jawatankuasa-Jawatankuasa
Mesyuarat Majlis Penuh diadakan sebulan sekali untuk menerima laporan jawatankuasa, membuat dan meminda dasar berdasarkan kuasa yang diberikan.
MPS Sebagai Pusat Pentadbiran
Selain menjalankan fungsinya sendiri, MPS menjadi urus setia kepada beberapa jawatankuasa tetap atau sementara bagi melaksanakan perkara yang berkaitan dengan kepentingan kerajaan dan masyarakat Sandakan.
Antaranya termasuk Jawatankuasa Tindakan Daerah, Jawatankuasa Keselamatan Daerah dan Jawatankuasa Bencana Alam.
Pendapatan
- Cukai yang dikenakan
- Yuran, pembayaran dan sewa
- Denda pelanggaran Undang-Undang Kecil
- Pembayaran dan keuntungan daripada perniagaan atau perkhidmatan
- Faedah daripada simpanan kewangan
- Sumbangan dan bantuan kerajaan