Untitled Document Portal Majlis Perbandaran Sandakan
WARGA MPS

WARGA AWAM

INFO MAJLIS



TARIKH KEMASKINI
8 MAY 2024

Snow
JABATAN SISTEM MAKLUMAT

PENGENALAN

Bahagian Penyelidikan dan Perancangan telah diwujudkan pada tahun 1991. Pada mulanya Bahagian ini hanya mempunyai kekuatan seramai 3 orang. Seorang Juruanalisa Sistem dan dibantu oleh 2 orang Operator Komputer.

Setelah permintaan ICT bertambah maju maka Bahagian ini telah mengambil beberapa orang tenaga kerja yang terdiri daripada seorang Pengaturcara dan beberapa orang Pembantu Tadbir. Kini Bahagian ini mempunyai seramai 10 orang Kakitangan.

Selaras dengan Fungsi dan Objektif, maka pada tahun 2019 nama bahagian ini diubah kepada BAHAGIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT dan kini menjadi JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT.


CARTA


PIAGAM PELANGGAN

Kami berjanji ……………

  • Mempastikan kesemua perisian majlis dirancang berdasarkan polisi-polisi majlis yang telah ditetapkan.
  • Kesemua peralatan komputer majlis akan diselenggarakan sekali setiap bulan.
  • Aduan berkenaan kerosakan peralatan komputer akan diperiksa dan dilapor dalam tempoh masa 3 hari bekerja.
  • Mempastikan kesemua jenis kertas komputer yang diperlukan sentiasa mencukupi tertakluk kepada bekalan yang diberikan oleh pembekal.
  • Mempastikan komputer server dan semua sistem perisian majlis dapat digunakan bermula dari pukul 7.50 pagi.

Pemulihan perkhidmatan – di dalam keadaan di mana bekalan elektrik terputus, komputer server mps dilengkapkan dengan ups (uninterruptible power supply) bagi menampung kerja-kerja sokongan (backup) dalam tempoh 25 minit.


OBJEKTIF

  • Bertindak sebagai pusat perkhidmatan komputer bagi Majlis Perbandaran Sandakan
  • Memperkenalkan dan menyelaras perancangan dan kemajuan sistem komputer
  • Memperbaiki sistem dan tatacara penggunaan komputer
  • Memastikan penggunaan kos yang berpatutan dalam penggunan komputer
  • Menambah produktiviti sumber-sumber tenaga manusia
  • Mempiawai dokumentasi, data dan kodnya, prosedur dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan komputer
  • Mengintegrasi aplikasi komputer yang bersangkutan dengan sistem pengurusan maklumat
  • Menyediakan latihan komputer yang sesuai bagi memperolehi pengalaman dalam penggunaan komputer
  • Memastikan perubahan wajar dan licin dari sistem manual ke sistem berkomputer
  • Mengelakkan pembaziran peralatan komputer yang tidak digunakan


FUNGSI
  • Menasihati Majlis di dalam pelaksanaan program komputerisasi Majlis
  • Menyediakan maklumat dan statistik kepada Majlis untuk perancangan dan pelaksanaan ICT
  • Meningkatkan kualiti dan produktiviti perkhidmatan pengurusan dan pentadbiran Majlis menggunakan teknologi maklumat
  • Mengumpul dan menganalisa maklumat bagi membantu pengurusan Majlis membuat keputusan (Sistem Sokongan Membuat Keputusan)