Untitled Document
25 JULAI 2017 ( SELASA )
No. Pendaftaran GST MPS : 001899479040
Aduan Awam : 089-211666


PRESIDEN
TARIKH KEMASKINI :
24 Julai 2017
WEBMASTER :
abu haji lele
Untitled Document

UNIT LETAK KERETA

LATAR BELAKANG
Diwujudkan pada bulan Jun 1977 di bawah pentadbiran Bahagian Perbendaharaan Majlis Perbandaran Sandakan dengan menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (Letak Kereta) Majlis Perbandaran Sandakan, pin. 1984 di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan No. 11, 1961

CARTA UNIT

FUNGSI UNIT

  1. Mengenakan yuran letak kereta.
  2. Mengutip hasil-hasil bayaran letak kereta.
  3. Melaksanakan Sistem Prabayar Letak Kereta.
  4. Mengurus permohonan dan pembayaran Tiket Bulanan Letak Kereta.
  5. Mengurus permohonan dan pembayaran sewa petak letak kereta bermusim.
  6. Mengurus permohonan dan pembayaran sewa petak letak kereta sementara.
  7. Mengurus dan menyenggara tempat letak kereta awam.
  8. Mengawal penyalahgunaan tempat letak kereta awam.

OBJEKTIF UNIT

  1. Mengutip hasil-hasil bayaran letak kereta
  2. Mengurus, menyenggara dan mengawal tempat-tempat letak kereta awam yang telah diwartakan.

PIAGAM PELANGGAN

  1. Melayan pelanggan dengan mesra dan berbudi bahasa.
  2. Memastikan setiap aduan diselesaikan dalam tempoh 24 jam jika aduan diterima dengan jelas dan tepat.
  3. Memastikan petak-petak letak kereta disenggara sekurang-kurangnya (6) bulan sekali.
  4. Membuat semakan hutang dalam tempoh 5 minit.
  5. Menyediakan pelbagai kemudahan tempat untuk membuat pembayaran yakni sama ada terus kepada Atendan Letak Kereta atau di pondok-pondok pembayaran letak kereta atau di pejabat Unit Letak Kereta.
  6. Menyediakan masa membuat pembayaran yang fleksibel dari pukul 7.00 pagi hingga 4.30 petang.
  7. Pemulihan Perkhidmatan
    • Membuka kaunter tambahan apabila pelanggan terlalu ramai.
    • Menyediakan backup jika berlaku masalah pada sistem komputer.
    • Mendapatkan khidmat kontraktor jika kerja-kerja penyenggaraan tidak dapat dilaksanakan oleh kakitangan yang disebabkan oleh faktor tenaga dan masa.
Untitled Document
PERKHIDMATAN ONLINE







JADUAL PERKHIDMATAN







Untitled Document
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Carian | Peta Laman |
© Hakcipta Terpelihara 2008
MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
Peti Surat 221, 90702 Sandakan | Tel : 089-275400 | Fax : 089-272112