 |
UNIT PASAR |
PENGENALAN |
Unit Pasar adalah unit dibawah Bahagian Perkhidmatan
Am Majlis Perbandaran Sandakan. Unit Pasar bertanggungjawab dalam memproses
lesen gerai pasar dan memantau kebersihan Pasar-pasar Majlis. Sesuai dengan
objektif Majlis Perbandaran Sandakan, Unit Pasar memainkan peranan penting
dalam membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk di perbandaran Sandakan.
Dalam proses perlaksanaan, Unit Pasar memperolehi pendapatan dalam bentuk
pembayaran yuran dan sewa lesen pasar. Terdapat sembilan (9) buah Pasar
Majlis dan empat belas (14) buah tapak perniagaan sementara yang disediakan
oleh Majlis Perbandaran Sandakan yang dikendalikan oleh Unit Pasar. |
|
PIAGAM PELANGGAN |
- Mengambil tindakan untuk menyelesaikan sebarang aduan mengenai bekalan
air dalam tempoh 24 jam (masa bekerja).
- Mengambil tindakan untuk menyelesaikan sebarang aduan mengenai
masalah kecil, kerosakan lampu dan kipas di pasar-pasar dalam tempoh
masa dua (2) hari bekerja dengan aduan di terima jelas dan tepat.
- Kerja-kerja menyapu dan pungutan sampah di pasar-pasar akan di
buat dua (2) kali setiap hari.
- Penyucian lantai serta parit akan dibuat dua (2) kali sebulan.
- Memproses setiap permohonan gerai dalam tempoh 2 bulan dengan syarat
adanya kekosongan gerai yang di pohon.
|
|
OBJEKTIF UNIT |
- Membantu meningkatkan taraf kehidupan penduduk di perbandaran Sandakan.
- Membantu menjana pendapatan kepada Majlis Perbandaran Sandakan
melalui pembayaran yuran dan sewa lesen pasar.
- Membantu dalam memperkenalkan produk-produk tempatan kepada orang
umum dengan menyediakan tapak gerai dan lot di pasar Majlis.
|
|
FUNGSI UNIT |
- Menguatkuasakan Undang-Undang Kecil (Am) M.P.S. 1955 dan Undang-Undang
Kecil Pencegah Kekotoran 1984 dengan mengadakan pengawalan lesen-lesen
serta kebersihan pasar di daerah Sandakan.
- Mengendalikan pemprosesan data dan bayaran kaunter melalui sistem.
- Memperbaiki kerosakan kecil paip-paip pasar dan menyelia kerosakan
elektrik.
|
|
UNIT PENGHIASAN BANDAR |
PENGENALAN |
- Unit Penghiasan Bandar merupakan salah satu Unit di bawah kawalan
Bahagian Perkhidmatan Am (Operasi) di Majlis Perbandaran Sandakan.
- Unit ini telah ditubuhkan pada 1982.
- Unit ini bertanggungjawab dalam membantu, merancang, menyelaras
dan melaksanakan pembangunan landskap serta penyelenggaraannya selaras
dengan tema Bandar Sandakan, Bandar Raya Alam Semula Jadi.
- Unit ini bertanggungjawab dalam mengendali aktiviti dalam mengindahkan
di samping memelihara kehijauan dan persekitaran yang sihat di kawasan
perkadaran Majlis Perbandaran Sandakan.
|
|
OBJEKTIF UNIT |
- Mengindah dan menghijaukan Bandar Sandakan serta memelihara alam
sekitar yang bersih untuk orang awam.
- Menggabungkan elemen landskap kejur (element hardscape) dan elemen
landskap lembut (element softscape) di lokasi-lokasi yang strategik
atau tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negeri.
- Pemilihan jenis tanaman hiasan yang tahan daripada faktor alam
sekitar dan memerlukan penyelenggaraan yang mudah.
|
|
VISI |
“Bersih, Indah dan Hijau Semulajadi" |
|
PIAGAM PELANGGAN |
- Memberikan keputusan terhadap pelan pembangunan landskap di kawasan
lapang dan kawasan hijau dalam tempoh dua (2) bulan dengan syarat
dokumen yang disertakan lengkap.
- Rumput di Kawasan Taman Awam/Taman Rekreasi, Kawasan Lapang di
Taman Perumahan, Kawasan Komersial dan Kawasan Industri di kawasan
perkadaran Majlis Perbandaran Sandakan dipotong satu (1) bulan sekali.
- Kerja penyelenggaraan terhadap tanaman hiasan di Jalan Protokol
(tepi jalan raya, pembahagi jalan raya, bulatan jalan raya), Taman
Awam/Taman Rekreasi, Kawasan Lapang di Taman Perumahan, Kawasan Komersial
dan Kawasan Industri akan dilakukan dalam pusingan masa tiga (3) bulan
sekali.
- Sebarang aduan mengenai pokok utama dan palma yang ditanam oleh
Majlis Perbandaran Sandakan, tumbang akibat bencana alam di kawasan
perkadaran Majlis seperti di Taman Perumahan, Taman Awam/Taman Rekreasi,
Kawasan Komersial dan kawasan Industri akan diambil tindakan dalam
tempoh 24 jam.
- Kerosakan kemudahan awam di kawasan lapang akan dilaporkan kepada
Bahagian
|
|
FUNGSI DAN TANGGUNGJAWAB |
- Menyediakan stok tanaman hiasan yang mencukupi di tapak semaian
(Nurseri) Majlis bagi kegunaan penanaman di seluruh kawasan perbandaran
Sandakan.
- Mengumpul dan menyediakan bahan tanaman hiasan untuk semaian bagi
menghasilkan tanaman hiasan yang baru di tapak semaian (Nurseri) Majlis.
- Sentiasa menjaga keindahan dan melaksanakan penyelenggaraan ke
atas tanaman hiasan di seluruh kawasan jagaan Majlis.
- Memangkas dan menebang pokok yang mencacatkan keindahan dan membahayakan
keselamatan pengguna jalan raya sekiranya tumbang.
- Menyediakan hiasan dalaman dan luaran untuk acara rasmi atau tidak
rasmi.
- Bertanggungjawab dalam urusan pembangunan kawasan lapang sama ada
daripada pihak Majlis atau pun pihak pemaju.
- Bertanggungjawab/mengurus penyerahan tapak untuk program selanjutnya
ke atas pelaksanaan kerja-kerja penjagaan dan penyelenggaraan sesuatu
kawasan landskap yang baru dibangunkan.
|