Untitled Document
29 MAY 2017 ( ISNIN )
No. Pendaftaran GST MPS : 001899479040
Aduan Awam : 089-211666


PRESIDEN
TARIKH KEMASKINI :
25 May 2017
WEBMASTER :
abu haji lele
Untitled Document
PENGENALAN

Bahagian Undang-Undang diwujudkan di Majlis Perbandaran Sandakan pada tahun 1996. Antarafungsi Bahagian ini ialah memberikan nasihat perundangan kepada Majlis untuk perjanjian dan juga penguatkuasaan Ordinan yang berkaitan dan juga Undang-Undang Kecil Majlis Perbandaran Sandakan. Pada Disember 2008, Mahkamah Majistret Perbandaran Sandakan telah ditubuhkan. Mahkamah ini khusus mendengar Kes Sivil dan Saman Jabatan untuk Majlis Perbandaran Sandakan. Bahagian ini mempunyai satu unit iaitu Unit Kutipan Tunggakan Hasil. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tindakan kutipan bagi lesen dan sewa premis Majlis Perbandaran Sandakan.

 
FUNGSI BAHAGIAN
  1. Memfailkan kes sivil dan saman jabatan di Mahkamah Majistret Perbandaran Sandakan.
  2. Menyedia dan menyemak perjanjian Majlis.
  3. Menyemak semula Undang-Undang Kecil Majlis dan membuat pindaan.
  4. Menggubal Undang-Undang Kecil Majlis yang baharu.
  5. Memberi nasihat Perundangan kepada Jawatankuasa-Jawatankuasa Majlis.
  6. Urusetia kepada Tribunal Tuntutan Pembeli Perumahan.
  7. Mengutip tunggakan hasil Majlis melalui Unit Kutipan Tunggakan Hasil.
 
PIAGAM PELANGGAN
  1. Setiap perjanjian Sewaan Atau Kontrak akan disediakan dalam tempoh Dua Puluh Satu (21) hari berkerja daripada tarikh perjanjian sewaan atau kontrak disetemkan.
  2. Salinan perjanjian sewaan atau kontrak yang telah disetem akan diserahkan kepada penyewa atau kontraktor dalam tempoh Tiga(3) hari bekerja daripada tarikh perjanjian sewaan atau kontrak disetemkan.
  3. Setiap Fail Tunggakan Cukai Pintu, Lesen dan sewa Premis yang dikemukakan untuk tindakan Mahkamah akan difailkan dalam tempoh Empat Belas (14) hari bekerja dari tarikh fail diterima.
  4. Setiap fail kertas siasatan yang dikemukakan untuk tindakan pendakwaan bagi Kesalahan- kesalahan di bawah peruntukan Ordinan dan Undang-Undang Kecil akan difailkan di Mahkamah dalam tempoh Empat Belas (14) hari bekerja daripada tarikh kebenaran mendakwa diterima daripada Timbalan Pendakwa raya.
  5. Nasihat Perundangan akan diberikan dalam tempoh tujuh Hari (7) bekerja dari tarikh fail diterima.
  6. Deraf Undang-Undang kecil akan disediakan dalam tempoh 3 bulan dari tarikh pengesahan minit mesyuarat dalam Mesyuarat Majlis penuh.
  7. Borang tuntutan Tribunal , Tuntutan Pembeli Perumahan akan diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
  8. Menyediakan Notis Tuntutan Tunggakan Hutang Lesen/Sewa dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas semakan dilejar.
  9. Mengemukakan senarai pemilik Lesen dan Penyewa yang gagal untuk tindakan Mahkamah dalam Tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tempoh notis 14 Hari berakhir.
  10. Keputusan permohonan pembayaran ansuran tunggakan lesen dan sewa akan dimaklumkan kepada Pemohon dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh Pemohonan diterima.
  11. Urusetia untuk Tribunal Rayuan Pembeli Perumahan
Untitled Document
PERKHIDMATAN ONLINE







JADUAL PERKHIDMATAN







Untitled Document
Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Soalan Lazim | Carian | Peta Laman |
© Hakcipta Terpelihara 2008
MAJLIS PERBANDARAN SANDAKAN
Peti Surat 221, 90702 Sandakan | Tel : 089-275400 | Fax : 089-272112