PROFIL KAMPUNG PADAS/SEBAIT
Keluasan : 102 hektar (252.31 ekar)  
Mukim : Sungai Manila Utara  
Bandar : Sandakan  
Kawasan Pilihanraya : DUN N42 Sungai Sibuga
Parlimen P184 Libaran
 
Bil. Penduduk : Bil. Rumah 173
    Bil. Keluarga 173
    Jumlah Penduduk 865
    Penduduk bawah 20 tahun 20%
Jarak dari bandar : 25 batu (Bandar Sandakan)  
Agama : Islam 99%
    Kristian 1%
Pendapatan Keluarga :
Pendapatan
Bil. Keluarga
   
< RM 100.00
-
   
RM 100.00 - RM 200.00
30
   
RM 201.00 - RM 400.00
68
   
> RM 400.00
75
Pekerjaan :
Jenis
Bilangan
   
Petani
42
   
Nelayan
30
   
Peniaga
7
   
Kakitangan Kerajaan
30
   
Kakitangan Swasta
15
   
Lain-lain
22


LATAR BELAKANG KAMPUNG PADAS/SEBAIT

Kampung ini pada asalnya adalah milik Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS). Pada tahun 1972 beberapa keluarga telah membuka kawasan ini sehinggalah pada tahun 1979 orang ramai turut serta menduduki kampung ini.

Dalam tahun 1979, kampung ini telah ada seorang ketua kampung iaitu En. Kassim Bin Dawai yang berasal dari Sungai Padas, Beaufort. Dengan ini beliau menamakan kampung ini sebagai 'Kampung Padas/Sebait' sempena mengambil nama kampung asal beliau.

Selepas En. Kassim Bin Dawai, beliau digantikan oleh En. Jawi Bin Ongno untuk meneruskan usaha yang telah sedia ada. Pada tahun 1988 pihak LKTNS dengan rasminya telah bersetuju mengeluarkan tanah ini sebagai 'Tanah Perkampungan'. Surat pengesahan ini telah ditandatangani oleh YB. Datuk Baharum Hj. Abu Bakar Titingan.